Kenali Kami

Thursday, January 1, 2009
Latar Belakang

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Behrang

Kod Sekolah : ABA 0028

Gred Sekolah : Gred A

Kategori Sekolah : Luar Bandar

Keluasan Kawasan : 3 ekar 2 rod dan 33 pol

No. Lot Tanah : Lot 2057 Mukim Hulu Bernam

Alamat Sekolah : Batu 8, Behrang Ulu, 35950 Behrang Stesen, Perak


Bilangan Kakitangan Guru Terkini : 25 orang

Bilangan Kakitangan Bukan Guru Terkini: 12 0rang

Prasarana Sekolah Kebangsaaan Behrang:

  • 9 buah bilik kelas

  • Kelas Pendidikan Khas

  • Pejabat

  • Makmal Komputer

  • Bilik Guru

  • Kantin

  • Bilik Komputer

  • Bilik Pra Sekolah

  • Musolla

  • Bilik Kemahiran Hidup

  • Bilik Perpustakaan

  • Bilik Sains

  • Bilik Tayang

  • Bilik Seni

  • Bilik Kokurikulum

  • Bilik Pemulihan

  • Bilik Muzik

  • Stor Permainan

  • Bilik SPBT

  • Padang

  • Gelanggang Bola Jaring

  • Gelanggang Sepak Takraw

  • Gelanggang Bola Tampar

  • Pondok Pengawal




Visi

Kami seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan Behrang

berazam akan menggembeling sepenuh tenaga dan usaha kami

ke arah menjadikan sekolah ini sebagai sebuah


SEKOLAH CEMERLANG DAERAH BATANG PADANG

MENJELANG TAHUN 2012



Misi

Untuk mencapai visi kami, seluruh warga sekolah ini sedang dan akan terus berusaha:

Membina dan mengamalkan kepimpinan berkesan di setiap peringkat perlaksanaan melalui penyebar luas maklumat yang tepat dan arahan yang jelas.

Memastikan setiap murid mendapat pendidikan akademik yang berkualiti selaras dengan Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

Memupuk sahsiah yang baik dan disiplin terpuji di kalangan murid sekolah ini dengan menerapkan budaya penyayang dan kepimpinan melalui teladan di kalangan seluruh warga sekolah.

Menyediakan aktiviti kokurikulum (permainan, olahraga, persatuan, kelab dan unit beruniform) yang terancang, terpimpin dan menarik bagi menyuburkan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan matlamat MURID CERIA SEKOLAH BAHAGIA.

Meningkat keceriaan sekolah, mewujudkan suasana yang selamat dan iklim yang selesa untuk seluruh warga sekolah.

Meningkat martabat guru sekolah ini dengan menyediakan segala kemudahan, keperluan dan peluang-peluang memajukan diri dalam bidang pendidikan.

Menyemai semangat perpaduan dan baik sangka di kalangan seluruh warga sekolah melalui aktiviti terancang dan terpimpin.



Piagam Pelanggan

Bahawasanya kami guru-guru dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Behrang dengan ini berjanji akan:

Memastikan semua murid menerima pendidikan, pengetahuan dan kemahiran asas yang berkualiti dan berkesan berteraskan perancangan, perlaksanaan, pemantauan, penilaian dan pemulihan yang berterusan.

Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, indah dan selamat; semua warga sekolah ceria, berbudi bahasa dan bersifat penyayang supaya kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan bertumbuh dan menjadi bertambah subur.

Memastikan semua murid Tahap Dua dapat memperluaskan pengetahuan, mempertajamkan kemahiran dan memperkasakan jati diri melalui aktiviti kokurikulum persatuan, unit beruniform dan permainan yang tersusun sehingga potensi murid dapat ditonjolkan ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Memastikan data dan maklumat sekolah tepat, kemaskini dan diketahui serta sentiasa dihayati oleh semua guru dan warga sekolah serta boleh dicapai dalam masa yang singkat jika dikehendaki oleh mana-mana pihak.

Memastikan segala aduan yang diterima direkodkan, diselidik dan dikaji sebelum sesuatu tindakan sewajarnya diambil.

Memberi layanan yang mesra dan bantuan yang segera, adil dan saksama kepada ibu bapa berkaitan dengan hal ehwal murid dalam waktu pejabat.

Mempererat kerjasama, hubungan, kemesraan dan perpaduan antara seluruh warga sekolah dan dengan agensi luar termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini, Pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai Pelajaran Negeri, Jemaah Nazir Sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.




Lencana Sekolah







Lagu Sekolah


BERPELAJARAN BERTAQWA


Sekolah Kebangsaan Behrang

Sekolah Yang Berbakti

Mula Wujud Sebelum Perang

Tetap Kekal Dan Abadi

Banyak Berkhidmat Kepada Bangsa

Lahirkan Murid Berjasa

Berpelajaran Dan Bertaqwa

Itulah Cogan Kita

Maju Jaya Dengan Cemerlang

Kita Menjadi Gemilang

Gubahan : Encik Hamzan bin Abd Aziz


 
© Copyright by Sekolah Kebangsaan Behrang  |  Template by Blogspot tutorial

BlogMalaysia.com