Sejarah Sekolah

Thursday, January 1, 2009
1919
Ditubuhkan oleh Sutan Baginda yang berasal dari Sumatera dengan muridnya seramai 50 orang. Nama asal sekolah ialah Sekolah Melayu Behrang.

1921
Sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru didirikan.

1941
Sekolah dan rumah guru rosak akibat bedilan bom dalam perang dunia kedua.

1945
Semasa pemerintahan British Military Administration (BMA) sekolah ini dibuka sementara di bangunan Masjid Kampung Behrang.

1946
BMA menyerahkan Sekolah Melayu Behrang kepada pentadbiarran Sultan Idris Training College (SITC) dan ditukar nama kepada Sekolah Latehan Behrang.

1947
Rumah guru dan sekolah yang rosak dibaiki.

1949
Sekolah Latehan Behrang ditutup kerana SITC mogok.

1950
Sekolah sementara di Masjid Behrang dipindah semula ke tapak asal.

1957
Sekolah Latehan Behrang diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Perak.

1968
Bilangan kelas ditambah kepada 3 kelas dan bekalan air diterima.

1970an
Nama sekolah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan (SK) Behrang Ulu

1982
SK Behrang Ulu dipilih sebagai Sekolah Pelaksana Terhad (Percubaan) KBSR

1984
Menerima bekalan elektrik sepenuhnya.

1990
Dua blok bangunan dua tingkat, sebuah kantin, dan sebuah padang baru dibina atas peruntukan Tabung Bank Dunia.

2007
Sebuah gelanggang bola tampar dibina di bahagian tepi blok A.

Sebuah pentas utama dibina di tepi padang besar untuk kegunaan semasa sukan dan dijadikan tempat letak kereta ketika hari-hari biasa.

Pembinaan sebuah bangunan makmal komputer atas peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan makmal komputer tersebut telah melenyapkan rumah guru yang dibina pada tahun 1921.

2008
Pembinaan bangunan kelas Pendidikan Khas Integrasi. Pada bulan Ogos 2008, kelas Pendidikan Khas Integrasi ini dibuka dan Puan Zanariah binti Md Ridzuan merupakan guru pertama kelas tersebut.

Bilik Pemulihan Khas telah diubah suai dengan meletakkan dinding simen dan mozek pada bahagian lantai.

2009
Makmal komputer dibuka untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Puan Nurashida binti Ahmad merupakan Penyelaras Makmal Komputer yang pertama.

SKB telah dipilih sebagai sekolah percubaan untuk dilaksanakan subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah.





Pengasas Sekolah

Nama Pengasas Sekolah : Sutan Baginda

Dilahirkan di Sumatera, Indonesia. Berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun 1900an. Beliau bermastautin di Kampung Behrang dan dilantik menjadi Ketua Kampung Behrang. Atas kesedaran beliau tentang kepentingan pelajaran anak-anak, beliau telah memohon untuk mendirikan sebuah sekolah di Kampung Bahrang.

Pada mulanya murid-murid telah ditempatkan di rumah Tuan Haji Jalin, salah seorang penduduk Kampung Behrang. Pada tahun 1919 sebuah bangunan berdinding daun bertam dan beratapkan daun nipah telah didirikan sebagai tempat murid belajar.

Sutan Baginda juga mengadakan kelas Pelajaran Agama Islam untuk murid-murid di sebelah petang di bangunan tersebut. Selain itu, beliau juga telah berusaha membuka Kampung Sungai Dara dan bendang-bendang di kampung tersebut. Beliau meninggal dunia kerana sakit tua ketika berusia 120 tahun.

 
© Copyright by Sekolah Kebangsaan Behrang  |  Template by Blogspot tutorial

BlogMalaysia.com