Perutusan Guru Besar

Thursday, January 1, 2009
Bismillahhirrahmanirrahhim.

Dengan penuh tanda kesyukuran ke hadrat Illahi, dengan hasrat untuk merealisasikan sebuah laman web sekolah bagi dipersembahkan kepada umum, maka kini terhasillah sebuah laman web sedemikian hasilnya.

Laman web sebagai sebuah medium di dalam penyebaran maklumat, diharapkan dapat memperkenalkan Sekolah Kebangsaan Behrang, sama ada kepada umum yang berada di desa, bandar, bandaraya atau di rantau yang lain.

Gerbang ICT yang berkembang diserata pelusuk dunia, memberi ruang dan peluang untuk sekolah ini dikenali ramai.

Walaupun Sekolah Behrang ini merupakan sekolah yang terletak di pendalaman namun perkembangan yang positif ini diharap akan membawa perubahan persepsi umum terhadap sekolah luar bandar.

Sebagai peneraju sekolah, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke laman ini.

Bagi meningkatkan mutu persembahan laman ini, saya mengharapkan komen, pendapat, dan cadangan dari para pengunjung semua.

Akhir kalam, selamat berkunjung dan semoga SK Behrang akan mendapat tempat dihati anda.

Terima kasih.

 
© Copyright by Sekolah Kebangsaan Behrang  |  Template by Blogspot tutorial

BlogMalaysia.com